Penulis : maya qaisara
Bab 1
"Mama,firash nak kahwin!"selamba dia mengutarakan kata walaupun jelas terpancar riak gelisah di wajah ibunya.
"Dengan siapa?"kata-kata firash sebentar tadi cukup membuatkan pn.rosemah tertanya-tanya.adakah firash mahu berganding bersama wanita yang langsung tidak menambat hatinya itu.
"Dengan Demi."sah!memang firash hendak mengahwini perempuan yang berlagak minah saleh tu.asal melayu tetapi menggelar diri bernamakan orang barat.pantang pn rosemah melihat orang sebegitu.
"Mama tak nak!demi tu perangai bukan elok.setiap malam pergi club!perempuan macam tu kamu nak buat isteri."ujar ibunya penuh kata-kata yang begitu menyakitkan telinga anak lelaki tunggalnya itu.tajam pandangannya mengerling ke arah firash.
Mendengar sahaja kata2 ibunya yang menyakitkan hati itu lantas tas kerjanya direngus kasar tanda memberontak kepada ibunya.
"Habis tu mama nak firash kahwin dengan siapa?dengan aira?!"soal firash seraya memandang ibunya yang sejak tadi tidak bangkit dari tempat duduknya.
"Ha'ah!"selamba dia melontarkan jawapan.memang gadis itu yang menambat hatinya untuk dibuat menantu.kalau boleh dikatakan semuanya lengkap.pandai masak,solehah,berpendidikan.kalau memang sudah suka,semuanya cantik dimata.firash bukan tidak mengenali aira.dari kecil aira dijaga oleh pn rosemah sehingga berusia 6 tahun disebabkan ayahnya dan ibunya sudah meninggal.kini aira tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung.
"Dah la mama.berapa banyak sekalipun mama suruh kahwin dengan aira,firash tetap tak mahu.layak ke dia duduk dalam rumah banglo sedangkan dia cuma duduk rumah kampung.firash tak nak malu ma!suruhlah papa kahwin dengan dia!assalamualaikum.."terkejut pn rosemah mendengar kata2 firash.makin lantang dia mengujar kata makin banyak yang menyakitkan hati.perlahan dia menjawab salam firash sebelum dia beredar memerhatikan setiap langkah anaknya itu.
Firash yang bergelar ceo di syarikat ternama cukup membuatkan dirinya memenuhi kritiria yang menambat hati gadis yang memandangnya.wajahnya yang kelihatan seperti kacukan korea sudah cukup untuk menambat hati ramai gadis di luar sana.
Tatkala memasuki perut kereta selepas melewati pintu utama,Firash memandang wajah ibunya di hadapan pintu.Terselit sebenarnya berasa sedih lantaran ibunya masih lagi bermasam muka tidak mahu menerima Demi sebagai calon menantunya.Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah stereng setelah enjin dihidupkan.Firash mengeluh kecil sebelum memandu keretanya keluar dari laman.seketika kemudian dipanndu menyusuri jalan Taman Elit.kaca mata hitam di dashboard di gapai seraya memakainya.saat matanya tertumpu ke arah jalan,saat itu jugalah telefonnya berdering.earphone disarungkan ke telinga seraya menyentuh kaca LCD ingin melihat nama yang tentera.Jelas terpampang riak gembira diukir bersama senyuman tanda dia menerima panggilan tersebut.
"You dekat mana ni?"sergah Demi dahulu.
"On the way pergi pejabat.kenapa?"soal firash seraya pandangannya masih tertumpu ke depan.
"Kenapa lambat sangat?!!i ada benda nakcakap dekat u!"tengking wanita itu sedikit membingitkan telinga firash.
"Sabarlah sikit.nanti u cakap lah dengan i."pujuk firash mengharap Demi memahami kekangannya.
"Cepatlah sikit!!"
"Seke.."belum sempat Firash menghabiskan ayatnya,Demi telah mematikan panggilan tersebut.
Firash mengeluh kecil,tanda kurang senang dengan sikap Demi.dia sendiri susah menduga bahawa Demi sedang merajuk padanya.takkanlah disebabkan dia datang lambat ke pejabat pun,Demi nak menengking dia sebegitu.pasti ada yang tak kena sehingga Demi bertindak sedemikian
............
Tiba dipekarangan syarikat Malik holding kelihatan a beberapa pekerja melewati gerbang syarikat.pandangan dilempar ke arah cermin pandang belakang sebelum dia menata riaskan rambutnya.memang tak sah kalau sebelum masuk pejabat tak kemaskan rambut.baginya rambut adalah segala-galanya.sedikit kekusutan pada rambutnya,tidak boleh kelihatan.kalau silap dipotong rambut,mahu disamannya tukang gunting rambut itu.kalau soal rambut,Demi pun tidak dihiraukan.terasa rambutnya kelihatan terpacak seperti duri landak, lantas dia menguntumkan senyuman yang calang2 tiada tandingnya.boleh pengsan gadis yamg memandangnya.jam yang tentera di dashboard dipandang lama.10:30 pagi.
Terkejut firash dibuatnya.lekas terbayang wajah papanya yang bengis barangkali akan memarahinya kerana datang lewat.tanpa disedari seseorang datan mengetuk tingkap kereta ditepi pemandu.tersentak firash dari lamunannya sebentar tadi.lantas jarinya menekan punat untuk membuka tingkap bagi melihat siapakah gerangan itu.
"Papa?"terkejut firash melihat air muka papanya kelihatan bengis seperti dalam lamunannya tadi.
"Masuk pejabat sekarang!lepastu jumpa papa."sergah Datuk Makmur membuatkan Firash mati kata2..
Bersambung..